Tuesday 20 August 2013

Erti Kebahagiaan

Assalamualaikkum dan salam sejahtera kepada pembaca blogku ini...Hari ini sudah pun 13 Syawal, menandakan sudah 13 hari umat Islam menyambut Aidilfitri... Mood hari raya masih dapat dilihat di mana- mana dengan adanya banyak rumah terbuka di sana- sini. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan cuti hari raya Aidil Fitri ini untuk mengadakan kenduri kahwin...Al maklumlah cuti hari raya beginilah sanak- saudara dan sahabat handai yang jauh dan dekat dapat berkumpul bersama-sama.

         Sempena bulan yang mulia dan bulan di mana umat Islam meraikan hari kemenangan setelah sebulan menempuh bulan yang penuh cabaran dan dugaan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan lamanya....Adakah jiwa kita sudah terdidik dengan amalan-amalan mulia yang kita lakukan selama kita berada di bulan puasa atau diri kita seperti biasa jugak, iaitu seperti sebelum kedatangan Ramadhan ? Alangkah ruginya kita jika Ramadhan tidak berjaya mengubah sikap, akhlak dan tingkahlaku kita seperti mana yang disarankan agama.

           Kepada pembaca blogku yang budiman, apakah erti kebahagiaan yang sebenarnya dalam hidup anda? Pernahkah kita terfikir nasib malang yang menimpa saudara se islam kita di bumi Mesir yang sedang bergolak kini?Apakah perasaan anda apabila mendengar satu kisah benar di mana seorang bayi yang berumur kurang dari 1 tahun terbunuh akibat terkena serpihan peluru berpandu? sedih dan hiba bukan? Namun apakah yang mampu kita lakukan? fikir- fikirkanlah...



No comments:

Post a Comment