Masya Allah......Tidak ada perkataan yang dapat kuungkapkan melainkan rasa kesyukuran kerana di bumi ini ku masih dapat menghirup udara-Mu yang sudah tidak sesegar mana dan senyaman di kampungku......namun aku tetap bersyukur....Apa lagi yang mampu ku katakan melainkan Alhamdulillah
dan terima kasih Ya Allah atas nikmat keamanan yang Engkau kurniakan ke atas Malaysia tanah airku yang tercinta... Bagaimana agaknya nasib saudara- saudara seagamaku di Palestin dan yang terkini di Mesir...?
Dapatkah kita bayangkan bagaimana penderitaan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur kurang daripada sepuluh tahun ditembak dileher dengan kejamnya. Kanak- kanak ini telah pun syahid angkara syaitan bertopengkan manusia...Adakah kejadian di Ramsis, Mesir ini belum dapat membuka mata kita umat Islam di seluruh pelosok dunia ini betapa kejamnya tentera Mesir yang kononnya nenentang pemerintahan Husni Mubarak suatu ketika dahulu..Apakah relevennya tindakan mereka mereka kepada rakyat Mesir?
Di sini saya ingin memetik daripada soal jawab penceramah tersohor tanahair, siapa lagi kalau bukan UAI? Itu sebenarnya singkatan bagi empunya nama Ustaz Azhar Idrus.... " Malaysia sibuk dengan bintang mencari bintang, sedangkan rakyat Mesir "sibuk" melawan pemerintah zalim mencari syahid. Menurutnya lagi cari bintang belum tentu jumpa dan kalau jumpa, boleh ke bintang itu membawa si pencari ke syurga??? sedangkan mencari syahid dengan penuh penyerahan diri kepada Allah S.W.T. sudah tentu diberi jaminan syurga oleh Sang Pencipta Maha Kaya...Diharapkan semoga rancangan TV lebih peka dalam menyiarkan rancangan terutamanya di waktu saudara Islam kita banyak menjadi mangsa korban berdarah baik di Mesir mahu pun Syria sana. Jadilah umat yag bila dicubit peha kiri, peha kanan turut merasa sakit.
Maka salurkanlah penawar di atas kedukaan bukan ditabur racun atas kesakitan....Saya sungguh terkesan dengan perkongsian ini....Semoga kita mengambil ikhtibar dan yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan...
Allah2...
ReplyDelete